Saturday, February 27, 2021

Projek Prihatin Makcik Che Waliah

Later belakang keluarga: 

Makcik Che Waliah seorang ibu tunggal yang berumur 63 tahun, membesarkan seorang anak yang uzur dalam keadaan rumah yang daif di Flat Desa Riang, Kampung Batu Uban. 

Beliau dalam usia ini masih bekerja di sebuah kilang elektronik sebagai operator. Rumah sewa yang usang itu tiada perabot, hanya menggunakan lampu mentol kerana masalah pendawaian, pintu dan dinding rumah reput dimakan anai-anai serta keadaan rumah yang tidak terurus.

Sehubungan itu, bagi melancarkan agihan bantuan keluarga makcik Che Waliah, Persatuan Sahabat Prihatin Pulau Pinang dengan kerjasama YB A.Kumaresan akan membantu keluarga ini untuk mendapatkan kelengkapan perabot rumah asas, membaiki dinding dan pintu rumah yang rosak, membuat pendawaian semula supaya tidak hidup dalam gelap lagi serta gotong-royong membersihkan rumah.

Sekiranya anda ingin bersama-sama membantu makcik Che Waliah, kami mengalu-alukan sumbangan anda. Anda juga boleh menghubungi / Whatsapp Hotline Kadun Batu Uban Pn Masturah di talian 017-2770388

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Persatuan Sahabat Prihatin Pulau Pinang
Akaun bank : MAYBANK 5574 2905 3427
Rujukan penerima : Che Waliah






No comments :

Post a Comment