Monday, October 11, 2021

Pemeriksaan Bernotis JPPM (ROS)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah membuat Pemeriksaan Bernotis terhadap Persatuan Sahabat Prihatin Pulau Pinang pada hari Isnin 11 Oktober 2021 bertempat di Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara.

Persatuan Sahabat Prihatin Pulau Pinang diwakili oleh En. Cheah Peng Guan Pengerusi, En. Teh Chee Keong S/U dan En. Kelvin Lew Bendahari.

Pemeriksaan Bernotis adalah merupakan pemeriksaan semua dokumen Persatuan untuk di audit. Ini bagi memastikan Persatuan mengikut tatacara pengurusan dan pentadbiran sebagaimana yang di tetapkan dalam Perlembagaan Persatuan dan Akta Pertubuhan 1966.  

Hasil penemuan, pihak ROS mendapati pengurusan pertubuhan termasuk kewangan persatuan diuruskan dengan teratur dan mematuhi keperluan-keperluan undang-undang berdaftarnya dan Akta Pertubuhan 1966.

Syabas dan terima kasih kepada semua AJK dan ahli-ahli persatuan yang sentiasa komited dalam semua urusan persatuan serta aktiviti-akviti kebajikan yang dijalankan.




No comments :

Post a Comment